Assalamualaikum w.b.t…..
Mesti ramai yang tercari-cari masakan yang sesuai untuk
seisi keluarga. Masakan yang sedap dimakan dan memberi banyak kebaikan untuk
kesihatan terutama sekali bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak.
Bagi mereka yang baru sahaja menjadi ibu atau bakal menjadi ibu, sudah semestinya mahu mengekalkan bentuk badan yang cantik dan menikmati makanan yang enak dan memberi kehangatan sepanjang waktu berpantang. Dah jemu dengan sup harwan yang sering dikatakan baik untuk pulihkan luka.
Nah di sini, saya ingin berkongsi satu resepi yang sesuai dari keluarga saya.
LAUK BERLADA
Bahan-bahan:
- ikan duri kering
- lada hitam
- bawang putih
- air
- garam
Cara:
- Basuh ikan duri kering dan tumbukkan beberapa biji lada hitam mengikut citarasa yang dimahukan.
- kemudian, masukan semua bahan ke dalam periuk, dan masukkan air.
- masak sampai mendidih atau samapi ikan yang dimasukkan iitu masak.
- selepas itu masukkan garam secukup rasa
- dan akhirsekali, jika mahu rasakan sedikit manis, anda juga boleh masukkan sedikit gula.
*ikan duri kering boleh juga digantikan dengan ikan harwan, cendawan, petola, labu air dan sayur-sayur yang sesuai.
selesai...
masakan mudah, tapi sedap dinikmati bersama keluarga.
*maaflah sebab saya tak sertakan gambar kerana saya masih berada di kolej.... :)
selamat mencuba... ;)